
Cuba anda fikirkan, seolah-olah anda ingin melamar seorang gadis, tetapi ditolak begitu saja. Jadi kerana anda tidak mahu di reject, maka anda malu untuk mencuba.
Namun anda tidak tahu, orang sentiasa mencari sesuatu untuk dibeli atau peluang untuk mengubah nasib mereka. Kekadang mereka bersyukur apabila ada seseorang yang datang menawarkan kepada mereka sesuatu yang mereka idamkan.
Pelanggan kekadang menanti kita datang. Kekadang sewaktu berbicara dengan kita, mereka menunggu kita mengajak mereka. Tetapi kita tidak lakukannya kerana MALU.
Jika kita kena reject pun sekalipun, orang masih lagi menghormati kita, kerana kita punyai kekuatan untuk bertanya dan berkongsi peluang.

No comments:
Post a Comment