Oct 4, 2011

Kanser Payudara di Malaysia

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita. Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.Sumber Dari Radiology Malaysia

Featured Post

TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. P...