Setiap wanita pasti menginginkan payudaranya kelihatan indah, menarik dan sihat. Namun kebanyakkan perempuan kadang-kadang ada melakukan kesalahan-kesalahan yang akhirnya mendatangkan masalah bagi payudara. Seiring dengan peredaran waktu, payudara memang akan menjadi kendur. Hal ini kerana beberapa faktor seperti menyusu, peningkatan umur dan menopause. Namun banyak cara yang boleh dielakkan untuk membuatkan payudara tetap kelihatan indah dan sihat, di antaranya sebagai berikut: Salah pilih bra Pemilihan bra yang tepat menjadi penyokong faktor utama untuk kesihatan payudara. Sesuaikan cup dengan ukuran payudara serta lingkar dada yang patut. Hal ini akan memberi keselesaan sehingga aliran darah akan berjalan dengan lancar. Air Panas Air panas boleh menyebabkan payudara mengendur. Suhu air panas mengurangkan pengeluaran kolagen dalam sel kulit sehingga akan mengurangkan keanjalan kulit. Sebaiknya elakkan mandi dengan air yang terlalu panas. Jika terkena air panas, percik