Posts

Showing posts from February 16, 2014

Kunjungan ke Tanah Suci Bersama Keluarga

Image
Alhamdulillah syukur Ya Allah..Baru-baru ini  telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah untuk kali ke 2. Tahun 2012 adalah umrah pertama setelah mendapat insentif percuma dari company Hai o Marketing. Alhamdulillah umrah kali ini berangkat bersama family tersayang termasuk keluarga mertua. Pada permulaanya kami diuji dengan masalah pelepasan visa dari Kedutaan Arab Saudi setelah dihubungi oleh pihak travel hanya beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci. Berita tersebut sangat mengejutkan kami kerana kami sudah merancang untuk ke sana bersama-sama. Pelbagai perasaan sedih dan kecewa. Kami tetap tidak berputus asa. Masa yang ada hanya 2 hari. Kami terus berdoa dan solat hajat supaya niat kami untuk membawa ibu kami yang sudah uzur di izinkan oleh Allah. Betapa hebatnya kuasa Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa segala-galanya. Sehari sebelum bertolak, kami dikejutkan dengan panggilan dari pihak travel menyatakan visa kami diluluskan.. Ya Allah! Engkau mendengar doa kami.