MY PREMIUM BEAUTIFUL: Kunjungan ke Tanah Suci Bersama Keluarga

Feb 21, 2014

Kunjungan ke Tanah Suci Bersama Keluarga


Alhamdulillah syukur Ya Allah..Baru-baru ini  telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah untuk kali ke 2. Tahun 2012 adalah umrah pertama setelah mendapat insentif percuma dari company Hai o Marketing.

Alhamdulillah umrah kali ini berangkat bersama family tersayang termasuk keluarga mertua. Pada permulaanya kami diuji dengan masalah pelepasan visa dari Kedutaan Arab Saudi setelah dihubungi oleh pihak travel hanya beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Berita tersebut sangat mengejutkan kami kerana kami sudah merancang untuk ke sana bersama-sama. Pelbagai perasaan sedih dan kecewa. Kami tetap tidak berputus asa. Masa yang ada hanya 2 hari. Kami terus berdoa dan solat hajat supaya niat kami untuk membawa ibu kami yang sudah uzur di izinkan oleh Allah.

Betapa hebatnya kuasa Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa segala-galanya. Sehari sebelum bertolak, kami dikejutkan dengan panggilan dari pihak travel menyatakan visa kami diluluskan.. Ya Allah! Engkau mendengar doa kami..Syukur Ya Alah..

Alhamdulillah kami bertolak pada 15 Jan 2014 dan berada di Madinah selama 3 hari. Selama berada di bumi Madinah kami dapat melakukan ibadah dengan tenang di Masjid Nabawi. 



Kami juga sempat melakukan ziarah di Masjid Quba, Pasar Kurma, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain.








Hari ke empat kami berangkat ke Tanah Suci Mekah. Ya Allah rasa sangat terharu bila melihat rumah Allah..















Alhamdulillah kami juga berkesempatan mengunjungi dan bersua muka bersama keluarga dan saudara mara yang tinggal di bumi suci Makkah Al-Mukarramah..

Syukur ya Allah segala urusan dan ibadah kami dapat dilaksanakan dengan sempurna... serta kami memohon kepada Mu agar kami sentiasa dilimpahi rezeki dan rahmat dan pasti kami akan mengunjungi lagi... in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment