07‏/06‏/2012

Motivasi perniagaan :- Masalah Pertama : Malu kena REJECT

Kita berasa malu kerana kita takut kalau tawaran kita itu akan ditolak atau di REJECT oleh orang lain.




Cuba anda fikirkan, seolah-olah anda ingin melamar seorang gadis, tetapi ditolak begitu saja. Jadi kerana anda tidak mahu di reject, maka anda malu untuk mencuba.

Namun anda tidak tahu, orang sentiasa mencari sesuatu untuk dibeli atau peluang untuk mengubah nasib mereka. Kekadang mereka bersyukur apabila ada seseorang yang datang menawarkan kepada mereka sesuatu yang mereka idamkan.

Pelanggan kekadang menanti kita datang. Kekadang sewaktu berbicara dengan kita, mereka menunggu kita mengajak mereka. Tetapi kita tidak lakukannya kerana MALU.

Jika kita kena reject pun sekalipun, orang masih lagi menghormati kita, kerana kita punyai kekuatan untuk bertanya dan berkongsi peluang.


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Featured Post

TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. P...