Feb 6, 2012

Bahaya Perut Buncit Cegah Sebelum Terlambat

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Tetapi ramai orang juga kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan.




Yang sebenarnya orang ramai patut sedar bahawa perut buncit itu telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.

Ingatlah perut adalah punca segala penyakit seperti mana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok kepada segala pengubatan."




No comments:

Post a Comment

Featured Post

TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. P...