Cara Ukur

Bagi yang ingin membuat pesanan Premium Beautiful melalui pos, di sini saya akan tunjukkan cara ukur yang betul untuk mengetahui saiz yang tepat. Untuk full set Premium Beautiful termasuk long bra, bengkung n long girdle perlu ada 4 ukuran badan. Anda boleh membuat ukuran sendiri tapi yang lebih baik minta tolong orang lain untuk membantu anda.

1) Puncak dada / Bust

- GAMBAR 1 -

Untuk mengetahui saiz long bra, anda perlu mengukur puncak dada. Pastikan tali ukur betul-betul berada di atas puting payudara. Seperti dalam gambar 1. Pastikan tali di belakang tidak kendur. Jangan terlalu ketat atau longgar. Ukur dalam sentimeter (CM).



2) Bawah dada / Underbust

- GAMBAR 2 -


Ukuran ini adalah untuk mengetahui cup.Letak tali ukur di bawah payudara. Lihat gambar 2. Ukur dalam sentimeter (CM).



3) Pinggang / Waist

- GAMBAR 3 -



Bagi mengetahui saiz bengkung dan seluar perlu diambil kira saiz pinggang n pinggul. Letak tali di pinggang dan pastikan tali berada tepat pada pusat (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas). Perhatikan juga tali ukur di belakang. Pastikan tali ukur tidak kendur. Ambil ukuran dalam sentimeter (CM)




4)Punggung / Hips 

- GAMBAR 4 -Bahagian belakang

Bahagian hadapan


Ukuran ini untuk mengetahui saiz seluar. Letak tali ukur betul-betul berada di atas punggung anda. Lihat gambar 4 (bahagian belakang). Ambil ukuran dalam sentimeter (CM).


Pastikan semasa mengukur tali ukur tidak terlalu ketat atau longgar. Ukuran yang tepat akan menentukan saiz Premium Beautiful yang tepat.

Perhatian : Apabila anda telah mendapat keempat-empat ukuran, anda hanya perlu sms kesemua ukuran kepada saya di talian 019-6323936 (Izzati). Kami akan menentukan saiz yang tepat dan bersesuaian untuk anda.


- MY PREMIUM BEAUTIFUL-

2 comments:

Featured Post

TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. P...