Ramai yang ambil kesempatan nak turunkan berat badan semasa berpuasa.
Betul tak?Tapi ramai juga yang bertambah berat badan semasa berpuasa.
Mesti kecewakan?
Sebenarnya byk manfaat yg kita dapat ambil semasa
berpuasa. Ramai yang beranggapan puasa dapat menurunkan berat badan.
Tapi kenapa dah sampai setengah bulan puasa tapi berat badan masih sama malahan bertambah.
Jom saya nak kongsikan tips bagaimana mencegah penambahan berat badan semasa berpuasa.
Puasa dapat menurunkan kelajuan
metabolisme. Dengan metabolisme yang lambat, berat badan akan bertambah
dengan mudah.
Salah satu cara mencegah penambahan berat badan adalah
tetap aktif bekerja dan tidak memanjakan tubuh sendiri sebab pada
dasarnya kita dah ambil makanan yang cukup semasa bersahur untuk menjana
tenaga di siang hari. Sahur tu sunnah walaupun tidak di wajibkan. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur.
Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jadi pada yang tak suka bersahur jangan amalkan ye. Sekurang- kurangnya minum air dan tamar.
Kita perlu aktif setiap hari supaya memastikan metabolisme tu cepat.
Bayangkan, selepas makan sahur kemudian kita tidur.Sebenarnya makanan
yang kita makan akan tersimpan dalam tubuh menjadi lemak sebab tidak
dibakar menjadi tenaga.
Puasa memberi kesan berbeza pada status pemakanan orang setiap orang,
namun kejayaan menjaga berat bedan saat berpuasa dapat diukur dari berat
badan dan ukuran lilit perut seseorang.
Apapun pilih makanan yang tinggi serat, protein yang cukup,kurangkan
makan makanan yang terlalu manis atau masin ,dan memperbanyak minum air
putih supaya dapat membantu menjaga pengambilan tenaga dan keseimbangan
berat badan saat berpuasa.
Selamat mencuba! Selamat berpuasa &
majukan diri anda untuk cemerlang dunia & akhirat..
~Salam sayang~
Zety 019-6323936
Post a Comment