04‏/04‏/2013

Best Trip - London Paris (Part 2)

Semasa di London kami di bawa check in di Hotel Holiday Inn Kensington Forum. Untuk hari ke 2, destinasi kami adalah ke Bicester Village Shopping Outlet. Woww shopping time!! Rasa excited sangat tak sabar nak shopping.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam lebih, kami sampai di Bicester Village. Di sini banyak jenama-jenama mewah seperti Prada, Burberry, Coach, Clarks, Ralph Lauren, Gucci etc..

 Inilah Bicester Village

 Bergambar dulu ye sebelum shopping




 Masa ni tak ramai orang datang shopping

We are in Yellow Colour!

Puas hati lepas shopping.

Kami di beri masa lebih kurang 4jam lebih disini. Memang tak puas. Kemudian, kami di bawa untuk bershopping lagi di Oxford Street. Di sini terdapat banyak deretan kedai jenama mewah, biasa dan kedai sovenir. 

Oxford Street

Masa ni sangat kesejukan selepas beberapa minit salji turun. 





Sempat berposing sementara tunggu bas datang

Masa yg ditunggu-tunggu, masa utk dinner. Rasa lapar yang teramat sangat selepas seharian kami bershopping. 



Kat sini pun ada teh tarik.. 


Lepas dinner, kami terus di bawa ke hotel. Masing-masing dah kepenatan...



Part 3...To be continue

 

01‏/04‏/2013

Best Trip 2013- London & Paris (Part 1)

Syukur alhamdulillah, trip ini dah kali ke 7 mengelilingi dunia sepanjang menceburkan diri dalam bisnes Premium Beautiful bersama Golden Dream Programme.. Memang excited sangat sebab first time nak menjejakkan kaki ke negara Eropah. Tidur pun termimpi-mimpi..


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 14 jam. Alhamdulillah kami selamat mendarat  jam 6.00 pagi waktu tempatan. Cuaca sangat sejuk lebih kurang -2 celcius. Bayangkan masa tu waktu awal pagi, salji turun dan angin kuat sehinggakan mengigil kesejukan.

 Snow menyambut ketibaan kami. Sejukkkk..






Bila dah keluar airport, bas dah bersedia menyambut ketibaan kami. Masa tu rasa tak percaya pun ada sebab dah menjejakkan kaki ke ibu kota England. Syukur sangat..First destination, kami terus di bawa menuju ke LONDON EYE, yang dibina pada Dis 1999. Tak sabar nak naik menikmati keindahan kota London.


 Bersama orang kuat syarikat, Mr Teoh

 My lovely partner, yang sentiasa bersama 



 Nampak tak Big Ben kat belakang tu





Ada 32 capsules yang boleh memuatkan 25 orang


 Excited sangat lps naik 'Eye On London'


 With my Super Mentor, Dato' Suhaili a.k.a DSY :)

Masa ni la masing-masing nak posingkan

Selepas penat bergambar di London Eye, kami di bawa utk lunch dan solat di salah sebuah masjid di Kota London.

 London Central Mosque

Next destination, kami dibawa untuk bergambar kenangan  di Buckingham Palace, Westminter Abbey, Locong besar Big Ben & Tower of London. Jom layan...






 Kami ada bodyguard di sana,hehe


 Jom bersama kami!




 Posing maut,hihi

 Cute kan teksi kat sini


Dah sampai London tak sah klau tak bergambar dgn public phone

 Tower of London



 Maskulin GDP bersama Mr. Teoh



I'll continue to the next entry..PART 2..
 


Featured Post

TIPS KESIHATAN UNTUK WANITA 30-AN

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. P...